“Chill, It’s Just a Hill…” – Tawau Half Marathon menanti para runners pada Disember 2026

“Chill, It’s Just a Hill…” – Tawau Half Marathon menanti para runners pada Disember 2026

TAWAU: Pelari dan peminat aktiviti kecergasan di Tawau bakal kembali disajikan dengan acara larian yang menjanjikan gabungan cabaran, keseronokan dan semangat komuniti menerusi Tawau Half Marathon 2026 pada 13 Disember depan.

Mengangkat slogan “Chill, It’s Just a Hill…”, acara berkenaan dijadualkan berlangsung di Institute of Science & Management (ISM), Tawau, dengan dua kategori utama ditawarkan kepada peserta iaitu 21KM Fun Hill dan 5KM Fun Run. Konsep berkenaan membuka peluang kepada peserta berpengalaman untuk menguji ketahanan diri, selain memberi ruang kepada mereka yang mahu menikmati pengalaman larian secara santai bersama rakan-rakan.

Menariknya, elemen bukit yang menjadi sebahagian daripada cabaran 21KM dijangka memberikan kelainan kepada peserta. Ia bukan sekadar soal mengejar catatan masa, tetapi turut menguji ketahanan mental dan fizikal ketika peserta berdepan laluan yang memerlukan usaha tambahan sebelum kembali menuju ke garisan penamat.

Penganjur turut menggalakkan orang ramai membawa rakan-rakan larian masing-masing dan menjadikan acara itu sebagai pengalaman yang boleh dikenang. Sama ada datang untuk mengejar cabaran, menguji kemampuan diri atau sekadar mahu berseronok bersama komuniti, peserta boleh memilih kategori yang bersesuaian.

Bagi mereka yang berminat, harga pendaftaran awal (early bird) hanya dibuka sehingga 10 September 2026. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan rasmi yang disediakan penganjur: Pendaftaran Tawau Half Marathon 2026.

Dengan tarikh acara yang semakin menghampiri, Tawau Half Marathon 2026 bukan sekadar menawarkan angka 21KM atau 5KM, tetapi menjanjikan sebuah pengalaman untuk mereka yang mahu melangkah keluar daripada rutin dan menyahut cabaran – kerana seperti slogan acaranya, “Chill, It’s Just a Hill…”