Dari Semenanjung ke Tawau – Maxim Malaysia raikan merdeka dengan sumbangan dan aktiviti bersama komuniti

Dari Semenanjung ke Tawau – Maxim Malaysia raikan merdeka dengan sumbangan dan aktiviti bersama komuniti

TAWAU, 10 September 2026 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, Maxim Malaysia melaksanakan beberapa inisiatif sepanjang Ogos 2026 sebagai usaha meraikan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan bersama komuniti setempat.

Maxim Malaysia

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah penyertaan Maxim dalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 di Sabah, menerusi pelbagai aktiviti bersama komuniti termasuk sesi kesedaran, kuiz, aktiviti interaktif serta sumbangan.

Maxim Malaysia

Di Tawau, Maxim turut menyalurkan sumbangan barangan dan keperluan pendidikan kepada 94 pelajar Persatuan Orang Pekak Tawau, selain mengadakan aktiviti interaktif bersama para pelajar berkenaan.

Maxim Malaysia

Dalam pada itu, rakan-pemandu Maxim bersama keluarga turut mengambil bahagian dalam Perarakan Merdeka utama di Pahang, yang berlangsung di Kuantan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Maxim Malaysia, pelaksanaan pelbagai inisiatif berkenaan mencerminkan komitmennya untuk terus menyokong komuniti setempat serta menggalakkan keterangkuman, bukan sekadar berperanan sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing.

#TawauKini