Pertumbuhan ekonomi naik 4.8% ke 5.6%, asas lebih kukuh untuk angkat darjat rakyat – Anwar

Pertumbuhan ekonomi naik 4.8% ke 5.6%, asas lebih kukuh untuk angkat darjat rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatat peningkatan kepada 5.6% bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, berbanding 4.8% dalam tempoh sama tahun lalu, sekaligus menyediakan asas lebih kukuh untuk usaha meningkatkan darjat dan harkat rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi negara terus berkembang dengan mencatat pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, meskipun dunia berdepan kemelut geopolitik dan pelbagai cabaran ekonomi.

Menurut beliau, prestasi tersebut meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut.

ekonomi

Sumber : Facebook Anwar Ibrahim

Pertumbuhan sembilan bulan meningkat berbanding tahun lalu

Anwar berkata, prestasi ekonomi semasa menyediakan asas lebih kukuh bagi usaha mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.

Beliau berkata, meskipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kerajaan tidak berganjak daripada iltizam reformasi, selain mengambil langkah proaktif bagi memelihara kestabilan ekonomi serta menjamin bekalan bahan api ketika krisis Asia Barat melanda.

Belanjawan 2027 teruskan agenda pertumbuhan dan kesejahteraan

Mengulas hala tuju seterusnya, Anwar berkata Belanjawan 2027 akan meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan ekonomi dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam.

Menurut beliau, ikhtiar berkenaan akan terus diperkasa bagi memastikan setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berteraskan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan.