SMK Balung & SK Bandar Tawau II Johan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Tawau 2023

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Daerah Tawau Tahun 2023 telah berlangsung pada 4 Julai sehingga 6 Julai 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.

Majlis ini dirasmikan oleh  Vaea Sarima selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Sektor Pembangunan Murid.

bahas ala parlimen tawau
Ucapan perasmian oleh Encik Vaea Sarima
Ulasan ketua hakim Dr Jamilah Ahmad

Mencungkil Bakat & Potensi Murid

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi baharu dalam kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional.

Selain itu juga, pertandingan ini juga salah satu platform untuk mencari wakil yang layak bertanding dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Sabah nanti.

Baca juga: E-Hailing Pertama Sabah

Suasana final debat kategori sekolah menengah

Penyertaan Pasukan Debat

Sebanyak 8 penyertaan daripada sekolah rendah dan 12 penyertaan daripada sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan debat kali ini.

SMK Balung & SK Bandar Tawau II Johan Debat Bahasa Melayu Tawau 2023

Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau dinobatkan sebagai johan debat kategori sekolah menengah selepas menewaskan Sekolah Menengah Islamiah Tawau di peringkat akhir.

Manakala Sk Bandar Tawau II pula menjadi johan Kategori Sekolah Rendah selepas menewaskan  Sekolah Rendah Islamiah Tawau di peringkat akhir.

SMK Balung johan debat kategori sekolah menengah

Pembahas Terbaik Final

Mohd Haikal Idris daripada Sekolah Rendah Bandar Tawau II menjadi pembahas terbaik final kategori sekolah rendah.

Selain itu, Mohd Afnan daripada Sekolah Menengah Islamiah Tawau pula menjadi pembahas terbaik final kategori sekolah menengah.

SM Islamiah vs SMK Balung final kategori sekolah menengah

SMK Balung dan SK Bandar Tawau II akan mewakili daerah Tawau ke peringkat Negeri yang akan berlangsung di Pitas dan Sandakan pada bulan Ogos nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *