Tular jalan tipis – JKR Sabah perjelas isu, dakwa jalan di bawah seliaan DBKK

Tular jalan tipis – JKR Sabah perjelas isu, dakwa jalan di bawah seliaan DBKK

INANAM – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menjelaskan bahawa jalan berlubang besar yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.18 Inanam, YB Edna Majimbun, di kawasan Taman Perindustrian Bigwheel bukan berada di bawah seliaan jabatan itu, sebaliknya di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

jalan tipis

Sumber : Facebook Jabatan Kerja Raya Sabah

Dalam kenyataan rasmi, JKR Sabah memaklumkan semakan telah dilakukan berhubung aduan Edna mengenai keadaan jalan berlubang besar di kawasan Inanam, dengan lokasi kerosakan dikenal pasti berada di dalam kawasan Taman Perindustrian Bigwheel.

Menurut JKR Sabah, pembinaan dan penyenggaraan jalan berkenaan bukan di bawah seliaan serta pemantauan jabatan itu, sebaliknya berada di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

jalan tipis

Sehubungan itu, JKR Sabah memaklumkan aduan berkenaan turut telah disalurkan kepada DBKK untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

JKR Sabah turut menghargai keprihatinan orang awam yang menyalurkan aduan berkaitan keadaan infrastruktur jalan raya demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Penjelasan itu menyusul selepas aduan mengenai keadaan jalan berlubang besar di kawasan berkenaan mendapat perhatian, sekaligus memperincikan pihak yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut.