Mayat Individu Dipercayai Terjun Dari Tingkat Atas Eastern Plaza Tawau Dengan Niat Bunuh Diri

TAWAU : Permulaan bulan Oktober membawa khabar duka buat warga Tawau dengan tersebarnya berita seorang individu yang dijumpai sudah tidak bernyawa di bawah bangunan Eastern Plaza, Tawau.


Individu tersebut dipercayai terjun dari tingkat 5 dengan niat untuk membunuh diri. Barang-barang beliau juga turut dijumpai bersama mayatnya. Menurut hebahan di kumpulan whatsapp, rakaman CCTV menunjukkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3-4 pagi hari ini.


Belum ada lagi kenyataan rasmi atau maklumat lanjut dari pihak polis mengenai kejadian ini semasa artikel ini diterbitkan. 


Pada Januari 2020, kejadian cubaan bunuh diri di lokasi yang sama (Eastern Plaza Tawau) juga pernah dilaporkan. Individu tersebut merupakan seorang lelaki, dan motif cubaan bunuh diri dikenalpasti adalah kerana hutang yang banyak. 


Walaubagaimanapun, individu tersebut berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan parah dan beberapa tulang patah. Individu tersebut dijumpai terjatuh di atas sebuah kereta proton saga milik seorang wanita setelah terjun dari tingkat atas Eastern Plaza Tawau.


Semoga tidak ada lagi kejadian yang sama berulang pada masa hadapan. Diharapkan pihak berkuasa mula memantau lokasi kejadian agar dapat mengelakkan kejadian yang sama.

Buat saudara-saudari yang sedang diuji dan berada dalam kesusahan, semoga terus kuat dan dipermudahkan urusan. Jangan berputus asa dan bertindak mengikut perasaan. 


Sekiranya perlukan bantuan, sila hubungi ahli keluarga terdekat, rakan-rakan atau talian bantuan percuma Befrienders (016-8036945) dan talian bantuan percuma Kawan Bah (012-7753020) untuk mendapat sokongan emosi.

Jaga diri anda dan mohon cakna dengan orang sekeliling anda yang memerlukan bantuan termasuklah sokongan emosi dan lain-lain. 

#kitajagakita






Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *