Untuk penulisan kali ini, kita akan berkongsi satu resepi makanan tradisi kaum Bugis di Tawau. Resepi ni biasanya kita akan dapat merasa hanya ketika Hari Raya sahaja, tapi manalah tahu ada disini yang craving tiba-tiba, so boleh la try masak sendiri, terutama yang diperantauan.
Okay, pertama sekali kita akan senaraikan dahulu, jenis-jenis ramuan dan bahan yang diperlukan, kalau tiada bahan masakan, macam mana mau masak kan?Okay, lawak cringe ! Jom kita sambung.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1/2 kilo Ayam
5 sdm Minyak Masak
2 sdm Asam Jawa
1 sdm Kunyit
1 sdm Lada putih (ditumbuk halus)
1 helai Daun Jeruk
1 helai Daun Salam
500 ml Air
Perasa
Bahan kisar yang diperlukan :
5 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
2 batang Serai
10 biji Cili Padi
Kalau sudah siap semua bahan, jom la kita tengok cara-cara untuk buat Ayam Masak Palakko ni pulak ya. Baca betul-betul ya.
Yang pertama, cuci ayam sehingga bersih. Kemudian ambil pisau dan potongkan ayam. Ikutlah mau potong macam mana, kecil ka, besar ka, terpulang. Yang penting senang untuk dimasak.
Bila selesai potong-potong ayam, kemudian ambil asam jawa, pastikan buang bijinya ya. Kadang kita ni main makan sak, sekali biji asam jawa termasuk sekali. Kemudian ambil kunyit, sedikit garam, lada putih dan gaulkan semuanya bersama ayam. Pastikan sebati ya. Lepas tu kita tinggalkan sekejap untuk perapan, lebih kurang 15 minit. Jangan lupa ya 15 minit ja, jangan ditinggal 15 hari, ada nanti jadi tajuk drama TV3, 15 hari meninggalkan mu.
Okay, sekarang ni kita buat bahan kisarnya pula, ambil semua bahan-bahan kisar tu, kemudian masukkan ke dalam pengisar. Kalau rajin mau tumbuk guna lesung pun boleh. Ikutlah sukak macam mana. Asalkan dia hancur dan halus. Kalau boleh dilempar didinding terus hancur pun boleh jugak tu. Huhu. Gurau ja ar. Jangan bah serius betul membaca.
Selesai bertumbuk dengan bahan kisar, kita tumis dan masukkan sekali serai, daun salam dan daun jeruk sehingga naik wangi sampai jiran pun terhidu.
Sudah naik wangi, ambil ayam yang kita tinggalkan selama 15 minit tadi, kemudian masukkan sekali dalam kuali. Tambahkan sedikit air masa dan kemudian letaklah perisa ikut selera masing-masing. Gaul sehingga sedikit kering. Biasanya, orang akan salai dahulu ayam tu sebelum masukkan bersama bahan kisar, tapi kalau malas, masuk terus pun nda pa.
Kemudian, hidangan pun siap. So boleh la panggil keluarga untuk rasa masakan kita. Kalau berjauhan, panggil la aunty sebelah rumah untuk try. Bagitau ni Sabahan Food gitewwww.
So, begitulah perkongsian resepi kita kali ini. Boleh la cuba kalau ada yang craving-craving tu ya. Al maklumlah, kalau hidup nun jauh diperantauan ni, kadang pandai tiba-tiba mengidam mau makan makanan Sabah. So boleh la cuba ya. Kalau kamu sudah try, boleh la kongsikan dengan kami gambar masakan kamu sekali.
Sumber : Mamy Nurul (Cookpad.com)
Related