Cemas di Tokyo! Pesawat Malaysia Airlines batal berlepas selepas asap hitam dikesan

Cemas di Tokyo! Pesawat Malaysia Airlines batal berlepas selepas asap hitam dikesan

CHIBA  – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur membatalkan proses pelepasan di Lapangan Terbang Narita, berhampiran Tokyo, pagi tadi selepas asap hitam dikesan pada pesawat.

Menurut laporan Kyodo News yang memetik Kementerian Pengangkutan Jepun, asap hitam dilihat keluar dari pesawat ketika ia bergerak menuju ke salah satu landasan sekitar 10.40 pagi waktu tempatan.

Susulan kejadian itu, Lapangan Terbang Narita menutup landasan berkenaan, manakala landasan yang kini sedang diperiksa.

Pesawat berkenaan membawa kira-kira 160 kru dan penumpang. Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima.

Rakaman yang disiarkan NHK menunjukkan pesawat itu berhenti di landasan sekitar 11 pagi dengan beberapa jentera bomba dan ambulans berada di kawasan berkenaan ketika petugas menjalankan tindakan susulan terhadap insiden tersebut.

Sumber : BERNAMA