TYT Tun Juhar Adakan Lawatan Ke Daerah Tawau

TYT Tun Juhar bersama Isteri melakukan lawatan ke Daerah Tawau bermula 19 Mac 2023 sehingga 21 Mac 2023. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan sepanjang keberadaan di Tawau, Sabah. Berikut merupakan sedikit catatan perjalanan TYT dan Toh Puan di Tawau.

Toh Puan sempat untuk menghadiri Program Ziarah Kasih yang berlangsung di Rumah Warga Tua Air Panas Tawau. Sesi beramah mesra bersama dengan penghuni disana. Program berlangsung pada 19 Mac 2023.

Seterusnya pada 20 Mac 2023, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Hj Juhar bersama dengan Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Hajah Norlidah berangkat ke Masjid Al Munawarah Kg. Jawa Sentosa bagi Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kebakaran dan mangsa banjir oleh Yayasan Nur Jauhar.

Program diteruskan dengan Perasmian Masjid Al Falah Kg. Baru Pasir Putih Tawau yang disempurnakan oleh TYT. Pada sebelah petang, Toh Puan menghadiri satu Program Perlawanan Persahabatan Sukan Badminton antara Team Toh Puan bersama dengan Puspanita Tawau. Pada 21 Mac 2023, TYT bersama dengan Toh Puan berangkat pulang melalui Lapangan Terbang Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *