RTD FC Julang Gelaran Juara Liga SAFA Tawau

Dengan skor 4-0 menewaskan R-NIE FC diperingkat akhir semalam, RTD FC berjaya menjulang gelaran untuk Juara Liga SAFA Tawau musim 2022-2023. Setelah hampir 3-4 bulan liga ini berlangsung, perlawanan semalam telah melabuhkan tirainya dengan perlawanan akhir diantara RTD FC menentang R-NIE FC disusuli dengan majlis penutupan yang penuh meriah.

 

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Pertandingan Liga SAFA kali ini :

LIGA SUPER SAFA TAWAU (DIVISYEN 1)

Juara Liga Super : RTD FC
Naib Juara Liga Super : R-NIE FC
Ketiga Bersama : Kesihatan FC dan Geng NABT Tawau

LIGA PERDANA SAFA TAWAU (DIVISYEN 2)

Juara Liga Perdana : Tendang FC II
Naib Juara Liga Perdana : Combat FC
Ketiga Bersama : Tendang FC dan UF RSM FC

PIALA FA SAFA TAWAU

Juara Piala FA : R-NIE FC
Naib Juara Piala FA : RTD FC

ANUGERAH KHAS INDIVIDU SAFA TAWAU

Anugerah Khas Legend Bola Sepak Daerah Tawau : Coach Abd Rahman Bin Md Noor
Pengurus Terbaik : Encik Saban Bin Matan (Bombalai JR)
Pengurus Muda Berpotensi : Encik Umar Khalid Bin Musa (Kesihatan FC)
Jurulatih Terbaik : Encik Dzulfaizal Ag Anak (Kesihatan FC)
Penjaga Gol Terbaik Encik Muhammad Nasri Bin Basri (Boca JR)
Penjaring Terbanyak : Encik Md Rozaimi Bin Abdul Rahman (RTD FC)
Pemain Muda Berpotensi : Encik Rasyidi Bin Salasa (Bombalai JR)
Pasukan Terbaik : Pasukan Bombalai JR
Pasukan Berpotensi : Pasukan Boca JR

Diharapkan pertandingan Bola Sepak di Daerah Tawau dapat terus disuburkan bagi melahirkan lebih banyak pemain muda berbakat dan menjulang nama diperingkat yang lebih tinggi. Dalam pertandingan sebegini semua pihak harus memainkan peranan yang penting samada dipihak pengurusan dan juga pemain.

Tahniah diucapkan buat semua pasukan yang bertanding dalam pertandingan kali ini. Tahniah juga diucapkan buat Persatuan Bola Sepak Daerah Tawau (SAFA TAWAU) atas penganjuran pertandingan kali ini.

Saksikan semula perlawanan RTD FC menentang RNIE FC disini :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *