Perkhidmatan Kepakaran Pembedahan Otak (Neurosurgeri) Hospital Tawau

Perkhidmatan Kepakaran Pembedahan Otak (Neurosurgeri) di Hospital Tawau telah bermula sejak 2 Mei 2023 yang lalu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hospital Tawau.

Usaha Naik Taraf Status Hospital Tawau

Perkhidmatan kepakaran ini sejajar dengan usaha dan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaiktaraf status Hospital Tawau sebagai Hospital Negeri.

Penyelamatan Nyawa Dengan Cepat

Kepakaran Pembedahan Otak (Neurosurgeri) di Hospital Tawau ini membolehkan sesetengah prosedur pembedahan otak yang kompleks, berisiko tinggi dan penyelamatan nyawa dapat dilaksanakan dengan cepat tanpa perlu rujukan ke Kota Kinabalu.

Pasukan Pembedahan Otak Hospital Tawau

Baru-baru ini pasukan pembedahan Otak (Neurosurgeri) Hospital Tawau yang diketuai oleh Mr DR Ramani A/L Thiagarajah telah berjaya melaksanakan prosedur penyelamatan nyawa pada 5 Mei 2023.

Pembedahan Otak Seorang Wanita

Pesakit seorang wanita berusia 55 tahun dari Tawau dengan diagnosis meningioma (sejenis tumor di selaput otak) dengan pendarahan subdura (Meningioma with Subdurul Haemorrhage and Significant Midline Shift).

Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal telah berjaya menjalani pembedahan berisiko iaitu ‘Right Decompressive Cranectomy and Excision of Tumour’ dengan jayanya.

pakar bedah otak hospital tawau

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hospital Tawau dan seluruh pasukan Pembedahan Otak (Neurosurgeri) Hospital Tawau atas kejayaan ini.

Sumber: Fb Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *