Kes Samun Bersenjata di Bandar Sri Indah Tawau

Pasangan suami isteri warga emas dan anak perempuannya diikat oleh tiga perompak bersenjata di rumah mereka Bandar Sri Indah Batu 10 Jalan Apas Tawau.

Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi pada hari jumaat.

Diikat Menggunakan Wayar Pengecas Telefon

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau berkata, mangsa yang berusia antara 40-an dan 60-an diikat menggunakan wayar pengecas telefon tidak mengalami sebarang kecederaan.

Samun Menggunakan Parang

Empat orang cucu pasangan itu yang turut berada di dalam rumah dikejutkan oleh tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk melalui pintu utama sambil memegang parang.

Suspek kemudiannya mengikat tangan ketiga-tiga mangsa menggunakan wayar pengecas telefon.

Samun Bersenjata

Perompak berjaya melarikan wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit dan dua tablet bernilai keseluruhannya sebanyak RM4,500.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Sumber: Daily Express

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *