Usaha Bangunkan Bola Sepak Sabah Bermula Disini

Datang dari pelbagai daerah dengan tekad untuk membangunkan bola sepak Sabah, 32 orang peserta ini hadir ke Kursus Jurulatih Bola Sepak Akar Umbi FAM yang diadakan di UMS Sandakan.

Program yang berlangsung selama 3 hari itu memberikan pendedahan kepada bakal jurulatih tentang sesi latihan yang perlu dijalankan bagi melahirkan pemain bola yang baik. Menurut Andrew M. Majanggim selaku tenaga pengajar bagi kursus kali ini “Jurulatih harus bekerjasama untuk lahirkan pemain-pemain hebat di Sabah, pemain yang berbakat harus dilatih”. Dengan kerjasama Scot Football Academy di Sandakan, para peserta dapat merasakan sendiri pengalaman mengendalikan latihan bersama para pelatih yang berumur 16 tahun kebawah.

Kesemua peserta menggunakan platform ini sebagai satu wadah dan landasan untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk dibawa kembali ke daerah masing-masing bagi kegunaan masyarakat setempat. Bagi Akademi Bola Sepak Tawaukini, peluang sebegini tidak dilepaskan dan digunakan dengan sebaik mungkin, 4 orang wakil pengurusan akademi telah dihantar ke program tersebut untuk menjalani latihan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini merupakan antara akademi bola sepak yang bertapak di Tawau bermula September 2022 dan sekarang telah mempunyai lebih 80 orang pelatih dengan dibantu lebih kurang 10 orang jurulatih sukarelawan dan jurulatih bertauliah. Tujuan akademi diwujudkan adalah untuk melahirkan pemain-pemain muda berbakat di Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *