Penjelasan SESB isu catuan elektrik

Semalam Yb Tawau Lo Su Fui ada mengadakan pertemuan bersama dengan pihak SESB untuk mengetahui isu yang hangat berlaku di Tawau. Kami kongsikan kepada anda hasil perbincngan.

Usaha SESB Menangani Masalah 

Antara hasil perbincangan bersama dengan pihak SESB adalah seperti berikut:

Bekalan elektrik telah meningkat pada bulan April dan Mei, mengakibatkan kekurangan pengeluaran tetapi permintaan yang berlebihan dan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Usaha SESB untuk menangani masalah ini adalah seperti berikut:

  • Menyediakan 6 jana kuasa untuk membantu meningkatkan pengeluaran bekalan elektrik. Tambahan 15 jana kuasa akan diedarkan di seluruh negeri pada minggu hadapan. Sebanyak 26 jana kuasa mengeluarkan tenaga elektrik secara serentak.
  • Pihak SESB juga akan berusaha untuk mengeluarkan Notis/Maklumat sebelum berlakunya catuan dari masa ke semasa.
  • SESB akan mengambil susulan kepada aduan yang diterima.
  • SESB akan buat catuan hampir setiap hari masa berikut 11 pagi, 2 petang sehingga 4 petang dan 6 petang sehingga 7 malam.
  • Bina loji kuasa yang lebih berkuasa.
  • Loji jana kuasa berskala besar yang dikendalikan oleh syarikat swasta, dijangka beroperasi semula pada akhir Jun tahun ini dan akan dapat mengeluarkan 50 megawatt elektrik yang dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga di seluruh negeri.

Semoga isu ini akan segera diselesaikan dan tidak berpanjangan.

Sumber: FB Lo Su Fui

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *