263 jemaah haji dari Tawau berangkat ke tanah suci

TAWAU: Seramai 263 jemaah haji dari Tawau hari ini berangkat ke tanah suci.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata semoga jemaah haji terus melaksanakan ibadah haji dengan bimbingan dan juga petunjuk yang diberikan oleh petugas petugas tabung haji yang berada di tanah suci mekkah.

jemaah haji Tawau
Para jemaah haji sebelum berangkat ke Kota Kinabalu

Perbetulkan Niat & Jaga Nama Baik Negara

“Kita berharap agar mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sebaik mungkin, di samping menjaga nama baik negara malaysia, menjaga kesihatan mereka dan penting kita memperbetulkan niat kita menunaikan fardhu haji kerana allah,” jelasnya.

jemaah haji Tawau
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika ditemui pemberita

Semoga Memperolehi Haji Mabrur

Para jemaah Haji Tawau terlebih dahulu berlepas ke Kota Kinabalu sebelum meneruskan penerbangan ke tanah suci.

Nizam berkata mudah mudahan ibadah haji mereka tunaikan pada tahun ini memperolehi haji yang mabrur.

jemaah haji Tawau
Datuk Nizam bersalaman bersama para jemaah Haji Tawau

Bersyukur Tunaikan Haji Bersama Isteri

Mohd Amin Tenreng salah seorang jemaah haji berkongsi perasaan gembira dan terharu dengan peluang yang diberikan untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya.

jemaah haji Tawau

Video Penuh Berita

One thought on “263 jemaah haji dari Tawau berangkat ke tanah suci

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *