Sindiket keldai akaun jenayah berbahaya

Sindiket keldai akaun merupakan satu jenayah yang sangat berbahaya dan tanpa sedar berlaku di sekeliling kita.

Kami kongsikan kepada anda bahaya jadi keldai akaun.

sindiket keldai dadah

Apa Itu Keldai Akaun?

Keldai akaun merujuk kepada individu yang rela atau tanpa paksaan membenarkan akaun bank miliknya digunakan oleh individu lain.

Kemudian, tanpa sedar sebenarnya akaun bank itu digunakan untuk tujuan jenayah.

Ciri-Ciri Sindiket Keldai Akaun

Serah

Pemilik akaun biasanya akan menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada rakan atau kenalan dalam talian atau Ahlong untuk digunakan tanpa pemantauan pemilik akaun sendiri.

Jual Sewa

Pemilik akaun akan menjual atau menyewa kad ATM dan nombor pin kepada pihak lain dan menerima bayaran.

Tawaran Kerja

Ditawarkan pekerjaan untuk membuat transaksi wang dari akaun persendirian ke akaun lain dan akan menerima komisen setiap transaksi dilakukan.

Baca Juga: Jemaah haji Tawau berangkat ke tanah suci

Nasihat Untuk Masyarakat

Jangan sesekali anda memberikan akaun bank anda kepada orang lain untuk digunakan tanpa pengetahuan anda.

Jangan membuat transaksi kewangan dari punca yang tidak diketahui.

Sentiasa semak dan pantau transaksi wang di dalam akaun bank anda.

Hukuman Keldai Akaun

Keldai akaun boleh dituduh di bawah Seksyen 420KK dan Seksyen 424KK.

Sumber: Fb Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *