Kota Kinabalu – Polis dari JSJN IPK Sabah telah menahan sebuah kereta jenis Madza berwarna putih di tepi jalan di tempat perhentian bas pintu masuk balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Kereta ini dinaiki oleh tiga warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai dan merampas 50 bungkusan berisi dadah disyaki jenis Methamphetamine syabu dengan berat kasar keseluruhan 50.25 kilogram.
Syabu ini bernilai lebih kurang RM 3 Juta. Turut dirampas pelbagai matawang berjumlah RM1,092, barang kemas RM15, 475 dan barang esklusif jam RM500.
Syabu yang dirampas mampu untuk menampung lebih 250 ribu penagih dan merupakan rampasan terbesar untuk suku tahun ini bagi IPK Sabah.
Sumber: FB Polis Sabah