Konsert Gagar Merdeka Suntik Semangat Patriotik

Tawau, 12 Sept 2023 – Konsert Gagar Merdeka SabahFM yang berlangsung di Padang Bandaran MPT pada malam Sabtu telah menarik lebih daripada 15,000 pengunjung yang datang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada artis-artis terkenal seperti Ewal, Stacy, Ali XPDC, Azlan Typewriter dan beberapa artis tempatan.

Konsert Gagar Merdeka SabahFM

Konsert tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur dan warga Tawau yang memberikan sokongan padu kepada program ini. Beliau juga bersyukur kerana Tawau telah terpilih sebagai lokasi konsert ini yang merupakan salah satu daripada aktiviti untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia.

Konsert Gagar Merdeka SabahFM

Salmah Hashim, Pengarah Penyiaran Sabah, dalam kenyataannya berkata bahawa SabahFM telah menyediakan 50 program dan rancangan televisyen dan radio yang bertujuan untuk semarakkan semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *