Diskaun Saman Trafik 50% Sabah

Diskaun saman trafik sehingga 50% di semua kaunter saman seluruh kontingen Sabah bermula 26 sehingga 27 September 2023.

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) seluruh kontingen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman

Diskaun Saman Trafik

Berapa jumlah diskaun saman kali ini? Diskaun saman kali ini sebanyak 50%.

Cara Bayaran Diskaun

Diskaun saman bermula esok 26 September sehingga 27 September 2023.

Bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang bertempat di kaunter pembayaran saman JSPT, Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Baca juga: Pasaraya Sthamin beri ruang pamer produk IKS

Tujuan Diskaun Saman

Diskaun ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-60.

Diskaun Saman 50% Kecuali

Diskaun Saman 50% untuk semua jenis saman Kecuali:

  • Kemalangan
  • Saman berstatus Op Selamat
  • Saman NC (Non Compoundable)
  • Saman bicara mahkamah
  • Saman berkaitan kenderaan berat M/Lori
  • Saman kesalahan potong secara berbahaya / Potong Q
  • Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan
  • Saman tidak patuhi isyarat lampu merah
  • Saman kesalahan potong di garisan berkembar
  • Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan

diskaun saman 50%

Tidak Menggunakan Orang Tengah Untuk Berurusan

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan orang tengah untuk sebarang urusan.

Sila datang terus ke kaunter pejabat JSPT untuk berurusan.

Kredit: Fb Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *