Tawau, 22 September 2023 – Pasaraya Sthamin telah mengambil inisiatif untuk memberi ruang kepada usahawan IKS untuk mempamerkan produk mereka di cawangan-cawangan mereka. Ini merupakan satu usaha baik yang dapat membantu produk-produk IKS mendapat lebih banyak pendedahan dan permintaan daripada pelanggan.
Pasaraya Sthamin mempunyai enam cawangan di seluruh Sabah, iaitu di Kunak, Tawau dan Lahad Datu. Setakat ini, terdapat 50 syarikat IKS yang telah berdaftar dengan Pasaraya Sthamin dan menawarkan lebih daripada 100 jenis produk, termasuk makanan, minuman, barangan kecantikan dan kesihatan.
Menurut pengurus Pasaraya Sthamin, jumlah jualan produk IKS di pasaraya mereka mencapai RM200,000 sebulan dan dijangka meningkat lagi. Beliau juga mengharapkan lebih banyak pasaraya lain akan mengikuti langkah mereka untuk menyediakan ruang khusus untuk produk IKS.
Sementara itu, YB Andy Suryady yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan(MIDE) Sabah menjelaskan, MIDE merupakan kementerian yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri IKS di Sabah, sangat berterima kasih dan teruja dengan kerjasama Pasaraya Sthamin. Beliau berharap inisiatif ini akan memberi manfaat kepada usahawan IKS dan meningkatkan kualiti produk mereka.