JHEWANITA Fair 2023: Pintu Kejayaan Usahawan Wanita Sabah


Tawau, 6 November 2023 – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, telah melancarkan JHEWANITA Fair 2023 di Tawau pada hari Sabtu yang lalu. Acara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan wanita di Sabah untuk mempromosi, menjual dan mempamerkan hasil jualan mereka.

jhewanita fair

Datuk James Ratib berkata, kerajaan negeri komited untuk membantu usahawan-usahawan wanita terutama di Tawau dengan bakal menyediakan bangunan khusus untuk mereka. Beliau meminta setiausaha tetap dan pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah untuk menyediakan kertas kerja untuk pembinaan bangunan tersebut. Beliau juga memohon kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang, untuk menyediakan tapak bagi pembinaan bangunan tersebut.

Baca Juga : Kemeriahan Sambutan Gelombat Selawat Ria Height

Beliau juga mengharapkan wakil-wakil rakyat di Tawau dapat memberi sokongan dan kerjasama terhadap projek tersebut. Beliau berkata, projek ini akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan wanita dan juga masyarakat setempat.

jhewanita fair

JHEWANITA Fair 2023 adalah acara yang dianjurkan oleh JHEWA Sabah dengan kerjasama MPT. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti peragaan baju tradisi dan pertandingan nyanyian kanak-kanak. Turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan dan jualan melalui booth yang disediakan.

Pengarah JHEWA Sabah, Puan Hajah Haslina Ismail, berkata, ini adalah kali pertama JHEWANITA Fair diadakan di Tawau. Sebanyak 120 booth dan 100 usahawan telah mengambil bahagian dalam acara ini. Beliau berkata, acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk menggalakkan usahawan-usahawan wanita di Sabah.

jhewanita

Acara ini turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat Tawau, termasuklah Datuk Nizam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau dan tetamu kehormat yang lain yang turut hadir memeriahkan pelancaran festival tersebut.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *