Solidariti Palestin : Galakkan Sokongan Secara Beretika

solidariti palestin

Tawau : Kerajaan negeri Sabah menyokong usaha-usaha untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang mengalami penindasan dan keganasan oleh rejim Israel. Namun, kerajaan negeri menyeru agar sebarang perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan oleh pihak tertentu untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dilakukan dengan cara yang betul dan aman. Selain itu, demonstrasi juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menegaskan bahawa kerajaan negeri Sabah tidak akan menghalang sebarang aktiviti Solidariti Palestin, selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Jangan Sampai Ada Unsur Ekstremisme

“Kami menghormati hak rakyat untuk menyatakan pendapat dan perasaan mereka terhadap isu-isu antarabangsa. Terutama yang melibatkan kemanusiaan, tetapi kami juga mahu mereka berhati-hati dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Jangan sampai ada unsur ekstremisme dan vandelisme yang boleh merosakkan kemudahan awam atau mengancam keselamatan orang ramai,”

Baca Juga : Lelaki dihukum penjara 21 bulan

“Tujuan kita adalah untuk mendidik rakyat di negeri ini dengan nilai-nilai manusiawi. Hal ini termasuklah hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat. Oleh itu, perkara utama adalah kesatuan dan keprihatinan kita terhadap rakyat Palestin yang ditindas oleh Zionis Israel.

“Saya menggesa seluruh rakyat untuk mengekalkan perpaduan dan menghormati kepelbagaian kaum dan agama di negeri ini. Kerajaan negeri sentiasa menyokong setiap program yang dapat menyatukan semua kaum dan agama di negeri ini,” ujarnya.

solidariti palestin
Datuk Nizam ketika ditemui media

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Program Solidariti Palestin anjuran Ketua Cawangan Enam Serangkai DUN Apas, di sini pada Ahad.

Tarik Perhatian Masyarakat

Katanya lagi, program ini diharap dapat menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia bahawa bumi Tawau khususnya di kawasan Apas juga menentang tindakan kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin.

“Tindakan Zionis Israel sudah melampaui batas. Hal ini kerana melanggar nilai kemanusiaan dengan membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah terutama wanita dan kanak-kanak.

“Saya berharap dengan kesatuan dan doa kita yang hadir hari ini dapat menghentikan tindakan Zionis Israel serta membantu Palestin mencapai kemerdekaan, kita juga perlu sentiasa mengekalkan perpaduan dan bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada,” katanya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *