Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Kumpulan Sulu di Mahkamah Perancis

tuntutan kumpulan sulu

Keputusan Mahkamah Perancis

Kemenangan memihak Malaysia merebak selepas kejayaan yang dicatatkan di Mahkamah Perancis berkenaan kes tuntutan Kumpulan Sulu. Keputusan ini bukan sahaja menandakan kemenangan, malah menyekat gerakan mereka yang cuba merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.

tuntutan kumpulan sulu

Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), mengumumkan bahawa pada 6 November lalu, Mahkamah Perancis membatalkan perintah gadai janji berkanun yang sebelum ini dikeluarkan terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh Kumpulan Sulu, penuntut warga Filipina.

Baca Juga : Syed Saddiq Disabit Bersalah

Penarikan Balik Tuntutan Kumpulan Sulu

Beliau menjelaskan bahawa mahkamah pada hari tersebut merekodkan penarikan balik pihak penuntut Filipina terhadap prosiding rampasan aset terhadap bangunan diplomatik Malaysia. Kesimpulannya, keputusan pada 6 dan 9 November ini membebaskan kerajaan Malaysia daripada cubaan tidak sah oleh warganegara Filipina. Filipina mencuba untuk merampas aset diplomatik Malaysia di Perancis secara menyeluruh,” katanya dalam satu temu ramah media dalam talian. Kemenangan ini menandakan bahawa Malaysia berjaya mempertahankan hak miliknya dan terhindar daripada tuntutan kumpulan sulu.

“Kerajaan Malaysia sentiasa komited untuk memastikan kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan negara dijaga sepenuhnya oleh kerajaan Perpaduan MADANI,” beliau menegaskan.

Kes ini bermula pada tahun 2019, kumpulan tersebut dilaporkan telah memulakan proses undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk memperoleh ganti rugi atas tanah di Sabah. Tanah tersebut didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada tahun 1878.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *