Selawat ke Atas Nabi, Kelebihan dan Kaitannya dengan Hari Jumaat

selawat keatas nabi

Selawat ke atas Nabi Muhamad SAW bukan sekadar amalan biasa, tetapi satu tuntutan agama. Dalam riwayat Muslim, Baginda SAW menyatakan, “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”Betapa mudahhnya mendapat pahala dihari Jumaat yang mulia kan?

selawat keatas nabi

Pada setiap hari Jumaat, umat Islam diingatkan untuk meningkatkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hadith dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi menyatakan, “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Selawat umatku akan dibentangkan kepadaku. Barangsiapa yang paling banyak berselawat, dia akan berada paling hampir denganku di Syurga.”

Baca Juga : JHEWANITA Fair 2023: Pintu Kejayaan Usahawan Wanita Sabah

Meskipun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang status hadith ini, tetapi mereka cenderung kepada hasan iaitu hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis sahih . Kesimpulannya, setiap selawat umat kepada Nabi Muhammad SAW pada hari Jumaat akan dibentangkan kepadanya. Kita diajak memperbanyakkan selawat, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran (al-Ahzab: 56), “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi… wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan sepenuhnya.”

Amalan berselawat bukan hanya memperoleh keberkatan dari Allah tetapi juga mendekatkan diri kita kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Mari bersama-sama menghidupkan sunnah ini untuk meraih keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *