Persiap Remaja Jadi Generasi Berpotensi Tinggi

remaja

Tawau, 14 November 2023 – Program “Soul to Soul ya syabab” yang diadakan di Dewan Auditorium Institut Sains and Management Tawau (ISM) pada hari Ahad lepas telah berjaya menarik perhatian remaja dari pelbagai kawasan. Seramai 300 peserta yang hadir telah mendapat manfaat daripada program diadakan. Program ini bertujuan untuk mengajak adik-adik bersiap menjadi generasi yang berpotensi tinggi dan memberi manfaat kepada negara.

remaja
Ustazah Marhamah ketika ditemui media selepas program

Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan pemangkin dan pemula kepada kebaikan di kalangan remaja. Dengan menyebarkan lebih banyak manfaat, adik-adik dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang harmoni dan sejahtera. Dalam satu temubual bersama dengan Ustazah Marhamah selaku penceramah pada program tersebut, beliau berkata program ini akan diteruskan sesuai dengan tujuan dan matlamat untuk konsisten dalam melaksanakan kelas-kelas agama yang dapat meningkatkan ilmu dan amal adik-adik.

Baca Juga : Pilihan Raya Sabah Ke-17 Dijangkan Diadakan Lebih Awal

Sambutan daripada peserta amat menggalakkan. Peserta datang daripada pelbagai kawasan seperti Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Ini menunjukkan bahawa program ini mendapat perhatian dan sokongan yang luar biasa daripada belia. Sokongan ini juga datang daripada pemimpin tempatan terutama YB Rina Hj Jainal yang merupakan wakil rakyat Dun Kukusan. Beliau telah menaja seramai 100 peserta belia Kukusan bagi mengikuti program ini dengan melibatkan jumlah tajaan sebanyak RM5000.

Program “Soul to Soul Ya Syabab” ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada adik-adik yang hadir dan juga kepada masyarakat umum. Program ini juga merupakan satu langkah ke arah mencapai visi negara untuk menjadi negara maju yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *