Kes Altantuya : Ruang Sirul Azhar Kemuka Rayuan

sirul azhar

Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, seorang wanita Mongolia, pada tahun 2006, mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mengurangkan hukumannya.

sirul azhar
Kredit gambar : themalaysianreserve

Menerusi portal berita harian, perkara ini adalah berdasarkan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Act 847) yang memberi ruang kepada pesalah yang dihukum mati untuk memohon hukuman pemenjaraan sahaja. Akta ini diperkenalkan selepas kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Baca Juga : Persiap Remaja Jadi Generasi Berpotensi Tinggi

Menurut Salim Bashir, bekas Presiden Majlis Peguam, Sirul Azhar perlu mengambil tindakan segera kerana tempoh untuk memfailkan permohonan kerana permohonan perlu dibuat sebelum bulan depan. Jika tidak, sabitan dan hukuman mati beliau akan tetap berkuat kuasa. Salim menambah bahawa Sirul perlu melantik peguam di Malaysia dan hadir sendiri di mahkamah semasa kesnya dibicarakan.

Beliau juga memberi amaran bahawa Sirul mungkin ditahan semula jika beliau kembali ke Malaysia kerana statusnya sebagai banduan.

Laporan dari akhbar Australia, The Sydney Morning Herald, menyatakan bahawa Sirul Azhar telah dibebaskan. Pembebasan ini dilakukan selepas menghabiskan sembilan tahun dalam tahanan pihak imigresen negara itu sejak tahun 2015.

Pembebasannya berikutan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 November yang lalu. Mahkamah memutuskan bahawa tahanan bukan warganegara yang tidak dapat dipulangkan tidak boleh ditahan secara kekal oleh pihak imigresen.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *