Tawau Drone Challenge 2023 : Pengenalan Kepada Penggunaan Drone Dalam Pelbagai Bidang

Tawau : Penganjuran Tawau Drone Challenge 2023 memberikan pendedahan meluas kepada masyarakat terutamanya di Tawau berkenaan dengan penggunaan drone. Selain daripada digunakan untuk rakaman video dan ambil gambar, drone juga digunakan dalam sektor yang lebih luas meliputi pelbagai bidang. Drone boleh digunakan dengan tujuan lain seperti kegunaan komersial, pengambilan gambar udara, pemantauan, pengesanan, serta dalam industri sukan dan hobi. Drone sering digunakan untuk pengimejan udara, pemetaan, pengintipan, pengawasan tapak, dan banyak lagi dengan memanfaatkan keupayaan mereka yang serba boleh.

Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui ketika ditemui berkata selain daripada mencungkil bakat pemain drone, program ini juga diadakan dengan tujuan utama untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang penggunaan drone. Program ini melibatkan 7 buah sekolah yang bertanding dalam pelbagai pertandingan yang dipertandingkan. Dengan penganjuran sedemikian, masyarakat akan lebih terdedah untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan penggunaan drone yang lebih meluas.

tawau drone
Lo Su Fui ketika ditemui pemberita

Baca Juga : Majlis Graduasi SMK Tawau

Penganjuran kali ini merupakan penganjuran kali pertama antara Pejabat Parlimen Tawau bersama dengan Tawau Drone Club. Keberjayaan program yang diadakan kali ini membawa kepada penganjuran yang seterusnya pada tahun hadapan dengan penganjuran di peringkat yang lebih tinggi. Program bagi siri yang seterusnya bakal mensasarkan penganjuran di Peringkat Borneo dengan menjemput Pasukan daripada negara-negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *