Kebakaran Taman Victoria: Penduduk Dalam Pemindahan Sementara Terima Sumbangan

kebakaran taman victoria


TAWAU – Pada 12 Januari 2024, satu berita duka iaitu insiden kebakaran Taman Victoria. 10 rumah di kawasan tersebut dilanda kebakaran yang memusnahkan harta benda dan meragut ketenangan keluarga yang terlibat. Insiden ini mencetuskan kebimbangan dan kecemasan di kalangan penduduk taman.

Dalam kejadian tersebut, 12 orang ketua isi rumah terlibat, melibatkan seramai 47 orang mangsa. Kebakaran yang bermula pada pukul 1 petang telah mengejutkan penduduk taman untuk menyelamatkan diri dan harta benda.

kebakaran taman victoria

Dalam usaha memberi bantuan segera kepada mangsa, Pusat Pemindahan Sementara telah ditubuhkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau. Pusat ini memberi perlindungan dan keselesaan sementara kepada 47 orang mangsa daripada 8 keluarga yang terjejas.

Datuk YB Andy Suryady, ADUN Tanjung Batu dan Ahli Parlimen Kalabakan, turut meluangkan masa melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Beliau turut memberikan sokongan moral dan menghulurkan sumbangan tunai kepada keluarga-keluarga yang terlibat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Pusat pemindahan sementara ini akan beroperasi sehingga mendapat kelulusan lanjut untuk diteruskan atau ditutup. Keputusan ini akan bergantung kepada permintaan dan keperluan mangsa yang terlibat, memberi mereka ruang untuk mencari tempat perlindungan yang lebih tetap.

Datuk Andy Suryady menggesa masyarakat setempat dan pihak berkuasa untuk bersatu tenaga dalam membantu meringankan bebanan mangsa kebakaran. Beliau turut menyeru kepada lebih banyak pihak untuk menyumbang keperluan harian dan keperluan mendesak kepada mangsa.

kebakaran taman victoria

Di samping itu, Datuk Andy memberi pesanan kepada semua pihak agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini di masa hadapan. Mangsa yang terlibat juga telah memohon untuk ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan keputusan ini akan dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Tawau bergantung kepada kekosongan yang tersedia.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *