Krisis Rabies di Sarawak:Mangsa Gigitan Anjing Dapat Rawatan dan Vaksin

rabies


PUTRAJAYA  – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa kesemua mangsa gigitan anjing di Sarawak kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan vaksin rabies serta Immunoglobulin Rabies (RIG). Dalam kenyataan terkini, KKM memberitahu bahawa sebanyak 11 kes diterima sebagai pesakit luar. Manakala satu kes dimasukkan ke hospital untuk rawatan luka dan telah discaj pada Khamis yang lalu.

Menurut KKM, kesemua 11 kes ini adalah hasil daripada gigitan oleh anjing liar yang sama. Anjing berkenaan telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan pada 8 Januari lalu. Ujian makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 11 Januari menunjukkan anjing tersebut positif rabies.

rabies

Bagi kes ke-12, yang melibatkan gigitan anjing peliharaan di Lorong Tabuan Timur, Kuching, mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 7 Januari. Anjing tersebut telah diserahkan secara sukarela kepada pihak berkuasa tempatan, dan ujian makmal DVS juga menunjukkan keputusan positif rabies.

KKM menyatakan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama DVS, pihak berkuasa tempatan, dan agensi berkaitan akan meningkatkan aktiviti kawalan di kawasan terbabit. Ini termasuk kempen vaksinasi anjing untuk mengawal penularan jangkitan rabies di kalangan haiwan ini dan masyarakat setempat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

KKM menegaskan bahawa rabies boleh dicegah dengan rawatan awal sebelum dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Langkah-langkah pencegahan termasuk mencuci luka dengan air dan sabun selama 15 minit sekurang-kurangnya selepas dijilat, digigit, atau dicakar oleh haiwan. Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak mengendalikan haiwan liar dan melaporkan kepada DVS atau pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *