Peluang Kerjaya Menarik: Pelbagai Jawatan Kosong Dibuka oleh SPANS di Sabah



KOTA KINABALU – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) membuka peluang pekerjaan dengan menawarkan lebih dari 10 jawatan kosong dalam pelbagai bidang. SPANS, sebuah organisasi yang berperanan melantik, mengesahkan, dan memasukkan individu ke dalam jawatan tetap atau berpencen, turut menjalankan fungsi menaikkan pangkat, menukar, serta mengawal tatatertib penjawat awam di bawah Perkara 37 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

Antara jawatan yang kini tersedia termasuklah Pengawas Hutan Gred G11 di Jabatan Perhutanan Sabah, Penolong Pegawai Latihan Gred E29 di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah, dan Pegawai Perikanan Gred N41 di Jabatan Perikanan Sabah.

Untuk jawatan Pengawas Hutan, sebanyak 13 kekosongan disediakan dengan gaji bermula dari RM1,200.00 hingga RM2,977.00. Bagi jawatan Pegawai Perikanan, terdapat 8 kekosongan dengan syarat kelayakan yang termaktub. Antaran syaratnya iaitu memiliki Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan setaraf.

Pelbagai jawatan kosong lain turut tersedia dalam pengambilan kali ini. Perincian lanjut mengenai iklan jawatan boleh didapati di laman web SPANS. Manakala bagi Permohonan bagi jawatan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan ini: Permohonan SPANS.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Portal SPANS menjadi sumber rujukan utama dan memberikan maklumat terkini melalui akses terus ke dalam portal tersebut. SPANS juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pelawat portal untuk penambahbaikan perkhidmatan agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan SPANS.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *