PUTRAJAYA : Bermula Mac nanti, lebih kurang 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah di Malaysia akan menerima manfaat baru. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi golongan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Dalam sidang media selepas Majlis Sua Kasih MADANI Kementerian Pengangkutan, Loke menjelaskan bahawa 90 peratus daripada jumlah caruman akan dilindungi oleh peruntukan Kementerian Kewangan. Sementara itu, 10 peratus baki yang tinggal akan dibayar oleh Kementerian Pengangkutan untuk tempoh setahun.
Menurut Loke, Kementerian Kewangan telah menyumbangkan RM100 juta kepada PERKESO. Sumbangan ini untuk menyediakan caruman hingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing, dan sebagainya. Bagaimanapun, 10 peratus yang tinggal perlu dicarum oleh pemandu sendiri.
Loke menyatakan bahawa usaha ini adalah untuk memberikan perlindungan sosial kepada pemandu, memastikan bahawa sekiranya berlaku kemalangan, caruman tersebut dapat memberi bantuan kepada mereka dan keluarga.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini