Pencegahan Kebakaran: ADUN Apas Giatkan Kesedaran di Kampung Batu 4


TAWAU – Kawasan rumah yang sempit sering kali menjadi risiko tinggi untuk kebakaran. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pencegahan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Apas, telah merasmikan Program Pencegahan dan Kesedaran Tentang Kebakaran di Batu 4 Jalan Apas.

Dalam perasmian tersebut, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan memberikan peringatan mesra terhadap pembinaan rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa, yang boleh membawa kepada masalah yang tidak diingini. Beliau memberi penekanan khusus kepada penduduk kampung agar lebih peka terhadap cara pemadaman api kebakaran, memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

pencegahan kebakaran

Beliau juga mengharapkan penduduk kampung dapat terlibat sebagai anggota Bomba Komuniti. Kejayaan pengwujudan Bomba Komuniti Kampung Titingan merupakan bukti yang nyata bahawa keterlibatan masyarakat setempat mampu membantu mengurangkan risiko kebakaran.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Selain itu, peringatan keras diberikan untuk mengelakkan sambungan elektrik tanpa kebenaran. Aktiviti ini boleh membawa kepada masalah yang lebih besar dan mencetuskan kebakaran. Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berharap agar Bomba Komuniti dapat dibentuk di Kampung Batu 4. Setelah itu akan dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada kampung-kampung lain di Tawau.

pencegahan kebakaran

Dalam taklimat yang disampaikan oleh wakil Jabatan Bomba Tawau, masyarakat diberikan pengetahuan asas tentang pemadaman api kebakaran. Demonstrasi pemadaman api turut dilakukan untuk memberi gambaran kepada masyarakat tentang cara yang betul untuk menangani kebakaran kecil sebelum bertambah besar.

Program Pencegahan dan Kesedaran Tentang Kebakaran ini diharapkan dapat membentuk masyarakat yang lebih bijak dalam mengelakkan risiko kebakaran. Selain itu juga, dapat memberi ilmu kepada masyarakat tentang tindakan yang perlu diambil ketika berhadapan dengan keadaan sebegini. Kesedaran ini adalah langkah awal yang penting untuk menjadikan komuniti lebih selamat dan terjamin dari ancaman kebakaran yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *