Jalinan Indonesia-Sabah: Pasaraya Sthamin Hilltop Perkenalkan Indonesia Corner

indonesia corner


TAWAU – Pasaraya Sthamin Hilltop di Tawau kini menjadi tempat yang meriah dengan kehadiran pelbagai produk Indonesia yang kini dijual di kawasan khas yang dikenali sebagai “Indonesia Corner”. Inisiatif ini, yang bertujuan untuk memperkenalkan dan memasarkan produk-produk Indonesia.

indonesia corner

Keistimewaan ini bukan hanya untuk masyarakat Indonesia yang bekerja dan menetap di Tawau tetapi juga menjadi tarikan istimewa bagi penduduk tempatan yang merindui dan gemar dengan makanan dan produk dari negara jiran, Indonesia.

Dalam majlis perasmian Indonesia Corner, YB Datuk Andi Suryady Hj Bandi, Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Industri, menyambut baik langkah pasaraya ini. Beliau mengharapkan agar pasaraya-pasaraya lain di Sabah dapat mencontohi usaha ini untuk memberi peluang lebih luas kepada produk Indonesia di pasaran tempatan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Menurut Ibu Heni Hamida pula, Perwakilan Konsulat Republik Indonesia Di Tawau, inisiatif ini telah dimulakan sejak tahun lalu. Namun, akhirnya telah dirasmikan pada hari Sabtu yang lepas. Produk-produk yang dijual di Indonesia Corner telah mendapat tempat di hati masyarakat Sabah sejak lama. Kini produk ini dapat diakses dengan lebih mudah di Tawau.

indonesia corner

Selain membuka peluang perniagaan baru, langkah ini juga diharapkan dapat mempereratkan hubungan ekonomi antara Sabah dan Indonesia. Masyarakat setempat kini lebih mudah untuk mendapatkan produk Indonesia. Untuk langkah seterusnya peluang membawa produk-produk dari Sabah untuk dipasarkan di Indonesia. Inisiatif ini menjadi yang pertama di Sabah. Dijangka bakal diwujudkan di kawasan-kawasan lain, membawa manfaat berganda untuk kedua-dua belah pihak.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *