45 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Logpond Tanjung Batu Laut

logpond


TAWAU – Kebakaran besar telah berlaku di Kampung Logpond Tanjung Batu Laut Tawau, mencetuskan tindakan cemas daripada pasukan bomba dan pihak berkuasa tempatan. Menurut Ketua Balai Bomba Tawau, Tuan Syukur, satu panggilan kebakaran telah diterima pada lebih kurang jam 2.31 petang tadi.

Pihak bomba dengan cepat bertindak, dan pasukan tiba di tempat kejadian hanya dalam masa sembilan minit selepas panggilan diterima, iaitu pada 2.40 petang. Pada masa kejadian, anggaran 45 buah rumah terlibat dalam kebakaran di Kampung Logpond Tanjung Batu Laut Tawau.

logpond

Namun, keadaan berjaya dikawal dan mengelakkan penyebaran lebih luas sehingga berjaya dikuasai pada 4.30 petang. Syukur kepada kecekapan pasukan bomba yang terdiri daripada 45 orang. Selain itu, operasi turut disertai daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), RELA, dan Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Menurut Tuan Jemishin Bin Ujin, Ketua Balai Bomba Tawau, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh turut hadir di kawasan kejadian. Beliau memberikan peringatan kepada penduduk untuk menjaga barangan peribadi yang telah dibawa keluar, sekali gus mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

logpond

Penduduk tempatan turut diingatkan agar menyumbangkan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Bencana setempat. Hal ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dalam pengumpulan sumbangan. Kemasukan sumbangan akan membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat kebakaran ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *