Pembenihan Awan : Atasi Kemarau Panjang Di Sabah

PAPAR – Pembenihan awan di kawasan yang terjejas akibat kemarau di Sabah akan dilaksanakan setelah proses penilaian kesesuaian pembentukan awan selesai.

Datuk Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, menyatakan bahawa proses tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Beliau menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi. Hal ini untuk menilai kesesuaian pembentukan awan bagi tujuan pembenihan awan.

Pada 7 Mac yang lalu, Shahelmey mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan pembenihan awan dengan tujuan menghasilkan hujan. Tindakan ini akan meningkatkan paras air sungai dan sumber air penduduk.

Beliau menjelaskan bahawa langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan tahap kemasinan air Sungai Papar. Kesannya telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau terpaksa ditutup. Kemudiannya menjejaskan lebih dari 50,000 pengguna di daerah Papar.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Situasi kemarau yang berterusan telah menyebabkan paras air sungai menyusut, dan turut meningkatkan tahap kemasinan akibat air laut yang masuk.

“Berdasarkan keputusan Kabinet negeri, kita akan melaksanakan pembenihan awan di kawasan hulu sungai untuk meningkatkan bekalan air kepada LRA yang terkesan serta pengguna air graviti,” katanya.

Menurut laporan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, sungai di lima daerah, termasuk Kota Belud, Keningau, Membakut, Tambunan, dan Kota Marudu, mengalami penyusutan paras air antara 10 hingga 40 peratus.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *