KOTA KINABALU, 5 FEBRUARI 2026 – Borneo Thrift Day (BTD), acara tahunan berskala besar di Sabah, kembali memeriahkan Kota Kinabalu dengan penganjuran program unik BTD Fun Run 2026 yang menampilkan konsep ‘lari sambil dressing’.
Acara yang akan berlangsung pada 3 Mei 2026 ini dijadualkan diadakan bersempena Borneo Thrift Day yang berlangsung dari 29 April hingga 3 Mei 2026 di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menariknya, peserta Fun Run diwajibkan mengenakan pakaian bertemakan vintaj, selain turut diperkenalkan kategori tema baju band, selari dengan identiti Borneo Thrift Day yang sinonim dengan budaya thrifting, muzik dan fesyen alternatif.
Penganjur turut menyediakan hadiah podium bagi lima peserta terbaik, menjadikan acara ini bukan sekadar larian santai tetapi penuh elemen hiburan dan gaya.
Penyertaan adalah terhad kepada 500 peserta sahaja, dan pendaftaran telah dibuka secara dalam talian.
Borneo Thrift Day sebelum ini dikenali sebagai antara acara thrifting terbesar di Sabah dan pernah menampilkan artis serta band terkenal seperti Tipe X, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai platform gabungan fesyen, muzik dan gaya hidup belia.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan : https://forms.gle/S4rhuL46W8xtdrV29
#TawauKini

