Tawau Marathon 2026 umum tarikh pendaftaran

tawau marathon 2026

TAWAU, 7 Februari 2026 – Acara larian terbesar di daerah ini, Tawau Marathon 2026, secara rasmi mengumumkan pembukaan pendaftaran bermula 10 Februari 2026, sekali gus membuka peluang kepada pelari tempatan dan antarabangsa untuk menyertai acara sukan berprestij tersebut.

Menurut penganjur, tempoh Early Bird akan berlangsung selama sembilan hari iaitu dari 10 hingga 18 Februari 2026, dengan jumlah penyertaan terhad dan ditawarkan berdasarkan prinsip first come, first served.

Selain pendaftaran dalam talian menerusi platform ticket2u, penganjur turut menyediakan kemudahan pra-pendaftaran secara fizikal di Race Expo Borneo Half Marathon 2026, bagi memberi peluang kepada pengunjung mendaftar terus di lokasi acara.

Sebagai tarikan tambahan, peserta yang mendaftar semasa expo berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi Tawau Marathon 2026 Merchandise Tee.

Untuk rekod, Tawau Marathon 2026 dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Tawau, dengan beberapa kategori larian ditawarkan termasuk 42KM, 21KM, 10KM dan 5KM.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini acara boleh diperoleh melalui platform rasmi Tawau Marathon di media sosial.


Pendaftaran Tawau Marathon 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *