Beberapa jalan di KK ditutup 12 jam bersempena Istiadat Ulang Tahun TYT Sabah

Istiadat Ulang Tahun TYT Sabah

KOTA KINABALU, 28 Mac 2026 – Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu akan ditutup sementara selama 12 jam bersempena dengan Istiadat Perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu notis pemakluman memaklumkan penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada raptai dan acara rasmi yang akan berlangsung di kawasan Padang Merdeka.

Menurut DBKK, penutupan jalan dan kawasan tempat letak kereta akan dilaksanakan pada 26 Mac 2026 (Khamis), 27 Mac 2026 (Jumaat) dan 30 Mac 2026 (Isnin) bermula jam 1.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Antara laluan yang terlibat ialah Lorong Dewan dan Jalan Padang, bermula dari gerbang Jalan Istana sehingga ke hadapan King Park Hotel.

Istiadat Ulang Tahun TYT Sabah
Sumber : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Selain itu, tempat letak kereta di Lorong Dewan dan Jalan Padang, termasuk Terminal Sementara Jalan Padang serta kawasan tapak Perpustakaan Lama, turut ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Orang ramai juga diminta mengelakkan daripada menghampiri kawasan tembakan artileri berhampiran Padang Merdeka yang digunakan semasa istiadat berkenaan, demi keselamatan semua pihak.

Sumber : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

DBKK turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang penganjuran istiadat tersebut.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan acara rasmi negeri itu dapat berlangsung dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *