Berita Baik Pelajar Sabah! 35,000 Mahasiswa Dijangka Terima Subsidi Tiket Kapal Terbang

mahasiswa sabah

Kerajaan Sabah menyasarkan seramai 35,000 mahasiswa dari negeri itu akan menerima manfaat Bantuan Graduan Rindu Sabah Subsidi Tiket Penerbangan (GRS/SUBFLY), tahun ini, susulan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata jangkaan itu berdasarkan kejayaan pelaksanaan program berkenaan sepanjang tahun lalu yang telah membantu mahasiswa menampung kos perjalanan pulang ke negeri asal mereka.

mahasiswa

Baca Juga:

“Inisiatif GRS/SUBFLY mula diperkenalkan Kerajaan Sabah pada 2024 hasil interaksi bersama mahasiswa yang membangkitkan isu kos tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah, terutama ketika musim perayaan.

“Tahun lalu, bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan telah disalurkan kepada mahasiswa dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM11.7 juta,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di sini, hari ini.

Armizan berkata, seramai 19,505 mahasiswa Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia, Sarawak serta Labuan telah menerima manfaat program berkenaan pada tahun lalu membabitkan subsidi berjumlah RM600 setiap orang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, jangkaan pertambahan jumlah penerima pada tahun ini bertujuan memastikan lebih ramai mahasiswa Sabah dapat pulang ke kampung halaman tanpa dibebani kos penerbangan yang tinggi.

mahasiswa

Sementara itu, Armizan berkata, Kerajaan Sabah turut menyalurkan RM6.79 juta kepada 22,649 pelajar menerusi inisiatif Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (Sentosa) yang diperkenalkan tahun lalu.

“Bantuan sekali bayar sebanyak RM300 itu bertujuan membantu mahasiswa menampung kos pengangkutan, khususnya ketika pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

“Pelaksanaan pelbagai inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan mahasiswa Sabah terus diberikan perhatian,” katanya.

Terdahulu, Armizan mewakili Ketua Menteri Sabah, meluangkan masa bersama 1,200 mahasiswa Sabah dari 31 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *