Kehilangan seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa yang mencetuskan kebimbangan sejak beberapa hari lalu ditemukan meninggal dunia hari ini,
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang dan usaha mencari digerakkan segera dengan penglibatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain yang membantu operasi pencarian di kawasan berkenaan.
Operasi mencari Nur Izzati diteruskan selama empat hari sebelum pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.
Perkembangan itu dimaklumkan pihak berkuasa selepas penemuan mayat mangsa hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak laporan kehilangan dibuat.

Mangsa sebelum ini dilaporkan terputus hubungan dengan lima rakannya serta ahli keluarga ketika menjalankan aktiviti pendakian di kawasan tersebut pada Sabtu lalu.
Kes kehilangan remaja tersebut sebelum ini mendapat perhatian ramai di media sosial apabila orang ramai turut berkongsi maklumat dan membantu menyebarkan hebahan pencarian.
Operasi pencarian yang disambung semula semalam turut melibatkan perluasan kawasan carian sehingga 0.65 kilometer persegi, namun mangsa masih gagal dikesan sebelum operasi dihentikan sementara.
Bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemukan hari ini.