KINABATANGAN, 26 September 2026 – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 direkodkan berlaku di Kuamut, Sabah pada jam 5.32 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berlaku pada koordinat 5.1° Utara dan 116.8° Timur, dengan kedalaman 118 kilometer.
Pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 34 kilometer barat daya Tongod, Sabah, selain 223 kilometer barat laut Tarakan, Indonesia.
METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.
Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan di Borneo pada 17 September lalu, dengan pusat gempa kira-kira 88 kilometer di utara Sandakan pada kedalaman 392 kilometer.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti gempa bumi melalui portal myGempa METMalaysia.
#TawauKini