SPR sahkan PRK P.187 Kinabatangan & N.58 Lamag akan diadakan

SPR sahkan PRK P.187 Kinabatangan & N.58 Lamag akan diadakan

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah akan diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Pemakluman rasmi tentang kekosongan ini diterima SPR daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 dan 9 Disember 2025. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Sabah, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan disahkan.

SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Disember 2025 bagi menetapkan tarikh penting termasuk Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian. Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut untuk mengumumkan butiran lanjut.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata persiapan penuh bagi pilihan raya itu sedang dijalankan.

Kenyataan Media SPR

Kenyataan Media SPR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *