TERKINI | TawauKini Creator Academy Batch 1 berjaya dianjurkan dengan penyertaan pemilik perniagaan serta staf daripada pelbagai latar belakang, sekali gus memberi pendedahan menyeluruh terhadap kemahiran content creation yang semakin penting dalam operasi pemasaran digital masa kini.

Berbeza dengan kebanyakan bengkel lain yang memfokuskan kepada usahawan semata-mata, program anjuran TawauKini ini membuka ruang kepada pemilik bisnes dan kakitangan untuk mempelajari teknik penghasilan kandungan secara praktikal dan tersusun, selari dengan keperluan sebenar perniagaan.

Bengkel sehari itu menampilkan Mohd Syazwan Syahmi (Syazwan Widih), seorang trainer jemputan daripada kalangan pengamal industri berpengalaman, yang memiliki hampir 100,000 pengikut di media sosial, berkongsi strategi serta pendekatan sebenar dalam pembinaan kandungan digital yang berkesan.


Program tersebut dibahagikan kepada dua sesi utama iaitu sesi teori pada waktu pagi dan sesi praktikal pada waktu petang, bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami konsep, malah mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara terus dalam operasi pemasaran masing-masing.

Penganjur berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta bagi membantu memperkukuhkan pengurusan pemasaran serta operasi perniagaan secara lebih mampan. Difahamkan, pengambilan ‘Batch 2’ akan diumumkan dalam masa terdekat.








