Hextar Capital raih subkontrak Projek Kem Kabota di Tawau bernilai RM75.9 juta

Hextar Capital

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2026 – Syarikat pembinaan, Hextar Capital Bhd melalui anak syarikatnya, Legacy Core Sdn Bhd, berjaya memperoleh subkontrak Projek Kem Kabota di Tawau dengan nilai RM75.9 juta.

Kontrak berkenaan merangkumi kerja-kerja geoteknikal dan tanah, pembinaan laluan berturap, pembangunan infrastruktur serta kerja pembinaan berkaitan.

Pengarah Urusannya, Johnson Chang berkata, kejayaan memperoleh projek itu merupakan langkah strategik syarikat dalam memperkukuh kehadiran operasi di Sabah.

Menurutnya, pembangunan pesat infrastruktur dan pertumbuhan bandar di negeri ini membuka lebih banyak peluang kepada syarikat untuk terlibat dalam projek pembinaan berskala besar.

Projek berkenaan dijadual bermula serta-merta dengan tempoh pelaksanaan selama 12 bulan, dan disasarkan siap menjelang 31 Mac 2027.

Hextar Capital merupakan kumpulan perniagaan pelbagai yang terlibat dalam sektor pembuatan, kejuruteraan, telekomunikasi, tenaga, pembinaan dan pengurusan projek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *