Abd Halim Aman mulakan tugas rasmi sebagai KP SPRM baharu hari ini

SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima kepimpinan baharu apabila Datuk Seri Abdul Halim Aman secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya agensi itu hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan berkenaan selepas Tan Sri Azam Baki menamatkan tempoh perkhidmatannya semalam, sekaligus membuka lembaran baharu dalam kepimpinan SPRM.

Pelantikan Abdul Halim diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, susulan perakuan dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Pelantikan ini juga dijangka memainkan peranan besar dalam memperkukuh usaha membanteras rasuah selain meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap SPRM.

Kehadiran beliau menerajui SPRM turut dilihat penting ketika negara terus memberi penekanan terhadap aspek integriti, tadbir urus dan ketelusan dalam sektor awam.