40 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau disahkan mencukupi

40 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau disahkan mencukupi

TAWAU – Bekalan barangan kawalan di daerah ini disahkan kekal mencukupi selepas pasukan penguat kuasa dari KPDN menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di 40 premis perniagaan di sekitar bandar serta kawasan luar bandar Tawau hari ini.

40 premis diperiksa

Operasi yang melibatkan pasar raya dan kedai runcit itu bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan terkawal sentiasa mencukupi serta pematuhan peniaga terhadap peraturan perdagangan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada aduan diterima berhubung kehabisan stok barangan kawalan di pasaran, sekali gus menunjukkan bekalan masih berada pada tahap yang memuaskan.

40 premis diperiksa

Selain itu, pemeriksaan turut mendapati semua premis yang diperiksa mempamerkan tanda harga jualan dengan jelas, manakala alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan masih berada dalam tempoh tentusah yang sah.

Dalam operasi sama, pasukan penguat kuasa turut mengadakan sesi advokasi kepada peniaga dan pengguna mengenai keperluan pendaftaran di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Penerangan itu memberi tumpuan kepada pemilik kenderaan dan sektor yang layak bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel dapat disalurkan secara lebih bersasar dan berkesan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Sumber : KPDN Sabah