Di Sebalik Flora Pate Grill House Si ‘Gila-Gila’, Tersimpan Ujian Bapa Yang Sedang Sakit

Di Sebalik Flora Pate Grill House Si ‘Gila-Gila’, Tersimpan Ujian Bapa Yang Sedang Sakit

TAWAU – Di sebalik watak santai, ceria dan ‘gila-gila’ yang sering mencuit hati warganet menerusi kandungan Pate Grill House, siapa sangka pempengaruh Flora turut menyimpan kisah keluarga yang cukup menyentuh hati.

Menerusi satu video yang dikongsikan Pate Grill House, pemiliknya yang juga pempengaruh, Boss Gary, berkesempatan menziarahi kediaman Flora dan bertemu bapanya yang sedang menjalani rawatan.

Dalam kunjungan itu, keadaan bapa Flora kelihatan memerlukan perhatian dan penjagaan rapi, termasuk menggunakan tiub ketika minum serta mengambil susu.

Boss Gary melawat bapa kepada Flora dirumahnya
Boss Gary melawat bapa kepada Flora dirumahnya

Boss Gary turut sempat melihat keadaan kediaman Flora yang digambarkan begitu bersih dan kemas sebelum meluangkan masa bersama keluarga berkenaan.

Perkongsian tersebut sedikit sebanyak membuka sisi berbeza kehidupan Flora yang selama ini lebih dikenali menerusi kandungan Pate Grill House dengan karakter bersahaja, spontan dan mencuit hati.

Wataknya yang sentiasa kelihatan ceria dan ‘happy go lucky’ membuatkan ramai mengenalinya sebagai antara individu yang menceriakan kandungan Pate Grill House.

Namun di sebalik senyuman dan gelagatnya yang menghiburkan, tersimpan ujian keluarga apabila bapanya kini sedang berdepan masalah kesihatan.

Menerusi hantaran Pate Grill House itu, mereka turut mengajak orang ramai bersama-sama mendoakan agar bapa Flora diberikan kekuatan dan kesembuhan.

“Semoga semuanya dipermudahkan dan badan Uncle terus kuat melawan penyakit ini. Jangan putus harapan, kami semua doakan Uncle,” menurut perkongsian tersebut.

Kisah itu turut mengundang simpati warganet yang meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat bapa Flora.

Semoga bapa beliau dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan serta kesembuhan, manakala Flora dan keluarganya terus tabah menghadapi ujian berkenaan.

Tonton video penuh disini :