Mata alami pendarahan dan perlu dibedah dalam tempoh 3 hari, ibu tunggal rayu bantuan RM6,000

Mata alami pendarahan dan perlu dibedah dalam tempoh 3 hari, ibu tunggal rayu bantuan RM6,000

TAWAU – Seorang kanak-kanak memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan mata selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena lontaran batu ketika bermain di luar.

Kejadian itu menyebabkan bahagian mata kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan sehingga memerlukan rawatan dan pembedahan segera.

Menurut rayuan bantuan yang tular, kos rawatan yang dianggarkan adalah sebanyak RM6,000, manakala pihak doktor dilaporkan memberikan tempoh tiga hari bermula hari ini untuk tindakan selanjutnya.

dibedah

Keadaan itu menambahkan beban keluarga memandangkan ibu kanak-kanak berkenaan merupakan seorang ibu tunggal yang menetap di sebuah kediaman sewaan di bawah kolong rumah orang di kawasan Batu 2, Tawau.

Dengan keadaan kewangan yang serba terbatas, ibunya berdepan kesukaran untuk menyediakan jumlah wang diperlukan bagi memastikan anaknya mendapat rawatan sewajarnya.

dibedah

Sehubungan itu, rayuan bantuan telah dibuat kepada orang ramai, khususnya warga Tawau, agar dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menampung kos pembedahan tersebut.

Orang ramai yang berhasrat membantu turut digalakkan berkongsi rayuan berkenaan supaya usaha mengumpulkan dana sebanyak RM6,000 dapat disegerakan sebelum tempoh yang diberikan berakhir.

dibedah

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun diatas (Sumber : Facebook Vitaminbae)

Melalui perkongsian Vitaminbae di facebook menyatakan masyarakat yang ingin sama membantu boleh salurkan sumbangan anda melalui akaun diatas. Ucapan terima kasih diberikan atas keprihatinan semua.

Diharapkan masyarakat dapat membantu sekaligus dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak itu untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan dan meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

Sumber : Facebook Vitaminbae