Elakkan Tidur Selepas Bersahur

Artikel kali ini akan dikongsikan tentang info kesihatan. Bulan ramadhan memerlukan kita untuk  bersahur ataupun mengalas perut bagi membekalkan tenaga sebelum kita memulakan aktiviti berpuasa. Dan kebiasaannya perkara yang dilakukan setelah selesai bersahur dan menunaikan Solat Subuh bagi sesetengah individu adalah tidur semula. Namun, perkara ini sebenarnya perlu dielakkan. Kenapa ya?

Menerusi satu sesi live video yang dibuat oleh seorang doktor daripada The KL Sky Clinic, iaitu Dr Roland Victor beliau menerangkan berkenaan sebab dan akibat jika tidur selepas sahur. 

Elakkan Tidur Selepas Bersahur 

Ketika manusia bangun, terdapat satu hormon yang dipanggil hormon kortisol dimana hormon ini dirembeskan oleh kelenjar adrenal. Hormon ini bertindak memberikan tenaga kepada tubuh badan. 
 

Gambar diatas menunjukkan doktor tersebut menerangkan berkenaan penggunaan hormon ini bermula daripada seawal kita bangun sehinggalah kita kembali tidur dimalam hari. Hormon kortisol yang seharusnya digunakan bagi memberikan kecergasan dan memberikan fokus akan hilang fungsinya sekiranya seseorang individu tidur semula setelah bangun daripada tidur. Oleh itu, individu harus kekal bangun dan melakukan aktiviti harian agar hormon kortisol dapat berfungsi sepenuhnya dan tidak menyebabkan badan stres. 

Doktor menyarankan apabila seseorang telah bangun daripada tidurnya di awal pagi, contohnya ketika bersahur, elakkan untuk tidur semula, sebaiknya mendapatkan rehat pada waktu tengahari seperti konsep “the power of nap” ataupun penggunaan istillah Qailullah didalam islam. 

Akan Menyebabkan Gastrik?

Antara sebab lain tidak digalakkan untuk tidur selepas makan ialah akan mengakibatkan berlakunya gastrik. Setelah makan, makanan akan berkumpul didalam perut bersama dengan cairan-cairan asid dan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk melarutkan cairan tersebut. 
Didalam gambar, doktor menunjukkan kedudukan perut apabila kita baring dan tidur selepas makan. Cairan asid yang belum larut akan kekal didalam perut dan berpotensi untuk keluar semula menjurus kepada sakit di ulu hati dan menyebabkan berlakunya penyakit gastrik. 

Waktu Yang Tidak Sesuai Untuk Melakukan Senaman 

Selain daripada itu, doktor tersebut menyebut berkenaan tentang waktu yang tidak sepatutnya digunakan untuk bersenam. Seseorang individu tidak seharusnya bersenam pada waktu lewat malam, hal ini kerana, ianya akan mengakibatkan individu tersebut sukar untuk tidur pada waktu malam.  
Doktor menyatakan sekiranya individu melakukan senaman pada waktu lewat malam, ianya akan mengakibatkan perubahan pada hormon dan menyukarkan untuk tidur malam. Tambahannya lagi, Doktor menyarankan waktu yang sesuai untuk bersenam adalah pada pukul 5 petang hingga 7 malam dan tidur pada waktu 10 ke 11 malam. 
Sumber : Facebook The KL Sky Clinic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *