Firman Allah SWT Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 96
Allah swt berfirman, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau akan mendapati bahawa akan datang sekelompak manusia (orang islam) yang merupakan golongan setamak-tamak manusia melebihi tamaknya orang musyrik yang tidak beriman kepada Allah.
Tamaknya golongan ini kerana mereka menginginkan kehidupan yang panjang sehingga seribu tahun. Sedangkan umur yang panjang itu belum pasti dapat menyelamatkan mereka daripada azab siksaan api neraka Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah itu Maha melihat dan Maha mendengar tentang apa yang mereka kerjakan.
Hadis Nabi Berkenaan Golongan Para Anbia
Tidak ada di kalangan Nabi (124 ribu Nabi) yang diutuskan kepada Allah, tidak ada seorang pun daripada mereka yang tidak dicabutkan nyawa mereka sebelum diberikan dua perkara kepada mereka.
Yang pertama, diperlihatkan tempat untuk mereka di dalam syurga. Kedua, malaikat maut akan datang kepada mereka untuk memberikan dua perkara sama ada mahu diteruskan kehidupan atau bertemu dengan Allah SWT.
Tetapi tidak ada seorang pun Nabi dan Rasul yang ingin dipanjangkan lagi usia mereka melainkan kesemua para nabi dan rasul bercita-cita untuk bertemu dengan Allah SWT. Keistimewaan ini hanyalah mutlak diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja.
Jika pilihan ini diberi kepada manusia biasa nescaya tidak ada orang yang mati dan semua mempunyai umur yang panjang kerana sudah fitrah manusia menginginkan umur yang panjang.
Dua Keinginan Manusia Yang Semakin Meningkat Ketika Semakin Tua
Nabi Muhammad SAW berkata, semakin meningkat usia anak Adam ini semkain meningkat juga keinginan berada dalam jiwanya. Semakin meningkat umur itu maka semakin meningkat juga dua keinginan dalam jiwanya iaitu yang pertama,
- Cintakan harta
- Umur yang Panjang
Jika seorang manusia itu mempunyai harta dua gunung emas maka dia ingin lagi gunung emas yang ketiga. Sifat manusia ini tidak pernah merasa puas dan tidak bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Begitu juga dengan umur, manusia sering berdoa untuk dikurniakan umur yang panjang tetapi tidak ramai yang berdoa untuk dipanjangkan umur untuk lebih bertakwa dan beriman kepada Allah SWT.
Golongan Manusia Yang Paling Baik Dan Yang Paling Buruk.
Nabi Muhammad pernah ditanya oleh seorang lelaki, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab Rasulullah, “Manusia yang paling baik adalah mereka yang panjang umurnya dan baik juga amalannya”.
Lelaki itu bertanya lagi, “Maka apa pula sebaliknya manusia yang paling buruk ya Rasulullah? Kata Nabi, “Seburuk-buruk manusia ialah panjang umurnya tetapi dalam masa yang sama umur yang panjang dipenuhi dengan perkara-perkara yang mendatangkan dosa daripada Allah Swt.
Kesimpulan
Dalam kehidupan, kita hendaklah sentiasa meletakkan Allah yang pertama dalam setiap urusan kita di dunia. Orang yang sentiasa meletakkan Allah dalam hatinya, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapinya.
Maka, kunci kejayaan dalam kehidupan kita sebagai manusia adalah dengan meletakkan Allah di tempat yang teratas di dalam hati kita. Setiap urusan kita, jangan ditinggalkan dan jangan dilupakan dan sandarkan semua urusan kita kepada Allah SWT.
Allah SWT menegur dalam Hadis Qudsi, “Wahai hambaku jangan kalian takut dengan kesempitan rezeki, kerana kekayaanku ini seluas langit dan bumi. Kekayaanku ini tidak ada terbatasnya. Janganlah takut dengan rezeki, Akulah yang memberikan rezeki. Jika kamu Redha denga napa yang aku lakukan dengan perjalanan hidup kalian, Aku akan berikan kesenangan dalam kehidupan dan tubuh badan kalian.
Inilah janji Allah kepada kita. Maka marilah kita sandarkan kehidupan kita kepada Allah SWT. Semoga segala urusan kita akan dilapangka dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.
Sumber : Channel Youtube Masjid Al-Kauthar Tawau